As salam semua..
ko orang pernah x rasa apa yang aku rasa..ini untuk renungan semua terutama kaum Adam yang senasib dengan aku.Makin hari makin dihimpit dengan masalah yang betul2 menguji ketahanan diri fizikal dan mental.
Bukan senang untuk harungi semua ini..tambahan melibatkan orang ketiga,tak kiralah dari pihak mana sekalipun, semua pihak perlu memainkan peranan untuk merialisasikan impian masing-masing. Akhirnya aku tersingkir..
Akibatnya inilah jadinya..!!!
Aku sudah bosan dengan perkataan SABAR, DUGAAN, UJIAN..sampai bila semua perkataan ini mahu berdamping dengan aku...aku dah tak terdaya lagi nak melawan dugaan sebegini.Tuhan tolonglah aku...
Apa motif Daun sirih ?
ko orang mesti nak tahu kan apa kaitan aku dengan daun sirih. Sebenarnya daun sirih ni melambangkan hati aku yang sedang lara disebabkan bentuknya seakan love, jadi aku gunakan untuk merawat hati aku.
Orang kata daun sirih banyak khasiatnya.pengamal perubatan pun banyak menggunakan daun sirih. Insyaallah dengan kuasa Tuhan daun sirih ni dapat merawat hati aku seperti sediakala dan dapat melupakan perasaan cinta aku pada insan yang tak sepatutnya..
Harap lepasni tak jadi macam ni lagi lah...!!!
Ya Allah Ya Tuhanku
Berikanlah aku kekuatan
Berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu
Pulihkanlah semangatku seperti sediakala
supaya aku dapat menjalani liku-liku kehidupan seperti insan lain
Berikanlah aku ketenangan dan kebahagiaan
Aminn...
5 comments:
Hihi... 1 word yang sharm memang tak akan suka... "SABAR" laa... =)
haha..itulah ada perkataan masalah mesti ada SABAR.. memang xleh dipisahkan..samalah dengan qasyah,kalo boleh x nak dipisahkan seperti perkataan itu :(
TAK NAK PISAHKAN? ERKK...seboleh-boleh nyer nak lari dari mende tu. huhu...
cmne nak lari, selagi daun sirih x gugur, selagi tu x leh lari
ecece...
Post a Comment